Jalan Penyelesaiannya Bukan DEMONSTRASI

Apabila berhadapan dengan kezaliman pemerintah, atau hak rakyat tidak diberikan oleh pemerintah, baginda telah memberikan solusinya terhadap hal ini kepada para Sahabat, dan jelas solusinya BUKAN DEMONSTRASI...

Mari kita teliti hadis-hadis sahih ini. Semoga bermanfaat...

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّكُمْ سَتَرَوْنَ بَعْدِي أَثَرَةً وَأُمُورًا تُنْكِرُونَهَا قَالُوا فَمَا تَأْمُرُنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ أَدُّوا إِلَيْهِمْ حَقَّهُمْ وَسَلُوا اللَّهَ حَقَّكُمْ

“Sesungguhnya kamu akan menyaksikan selepas peninggalanku perbuatan mementingkan diri (atsarah) dan pelbagai perkara yang kamu ingkari (dari kalangan pemerintah).” Mereka (para sahabat) bertanya: “Maka apakah yang engkau perintahkan kepada kami wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Tunaikanlah kepada para pemerintah hak-hak mereka (sebagai pemimpin) dan mintalah kepada Allah hak-hak kamu.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab al-Fitan, no. 7052)

Hadis dari Salamah B. Yazid al-Ju’fi radhiyallahu ‘anhu. Beliau bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

أَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ عَلَيْنَا أُمَرَاءُ يَمْنَعُونَّا حَقَّنَا وَيَسْأَلُونَّا حَقَّهُمْ؟

“Apa pandangan kamu jika ada pemerintah kami yang menghalang kami dari hak kami tetapi mereka meminta kami untuk memberikan hak mereka?”

Jawab Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

اسْمَعُوا وَأَطِيعُوا فَإِنَّمَا عَلَيْهِمْ مَا حُمِّلُوا وَعَلَيْكُمْ مَا حُمِّلْتُمْ

“Dengar dan Taatlah kamu kerana sesungguhnya mereka akan dihitung atas tanggungjawab mereka dan demikian juga kamu akan dihitung atas apa yang dibebankan atas kamu.”

(Hadis Riwayat At-Tirmidzi, no. 2199. Dinilai sahih oleh At-Tirmidzi)
Previous
Next Post »